Pemuda PBB Satok raikan Pemuda UMNO Ipoh Barat

0

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok meraikan lawatan Pemuda UMNO Cawangan Ipoh Barat di salah sebuah restoran di sini semalam.

Pengerusi Pemuda PBB Cawangan Satok Irwan Zulkarnain Mohd Hasbie berharap melalui lawatan tersebut ahli-ahli daripada kedua-dua parti komponen Barisan Nasional akan dapat mengenali dengan lebih rapat rakan-rakan seperjuangan di samping membina semangat ‘espirit de corps’.

“Saya berharap melalui lawatan ini ahli-ahli daripada kedua-dua parti komponen Barisan Nasional ini akan dapat mengekalkan hubungan secara berterusan di samping berpeluang bertukar-tukar pendapat dan maklumat,” jelas Irwan.

Sementara itu Pengerusi Pemuda UMNO Cawangan Ipoh Barat Syamsul Putra berkata tujuan lawatan ter-sebut diadakan adalah bagi membawa ahli-ahlinya untuk mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat di Sarawak dengan lebih dekat.

Rombongan seramai 24 orang tersebut juga bertujuan bagi meninjau persediaan Pemuda PBB Cawangan Satok menjelang Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong Edwin Shahrazi.