DAP gerakkan trak Jentera Ubah S’wak

0

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyasar untuk menggerakkan trak yang dinamakan Jentera Ubah Sarawak ke setiap pelosok Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei yang merupakan pengurus pasukan tersebut, trak yang baharu dilancarkan itu akan memudahkan usaha mendekati para pengundi dengan lebih terperinci sama ada di bandar atau luar bandar.

“Menyedari kepentin-gan PRU akan datang, kami yakin Jentera Ubah Sarawak ini akan membantu kami untuk mencakupi setiap kawasan secara lebih terperinci di negeri ini.

“Bukan sahaja ia akan bertindak sebagai pusat perkhidmatan bergerak, tetapi ia juga akan digunakan sebagai pentas bergerak, selain untuk menjual barangan parti serta mengedarkan risalah-risalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini, semalam.

Wong turut melahirkan keyakinan bahawa usaha menyampaikan maklumat kepada peng-undi akan dilakukan secara berkesan dengan adanya trak sumbangan daripada penyokong parti itu.

Beliau pada masa yang sama turut menyeru orang ramai menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan bagi menampung kos operasi yang dianggarkan RM50,000 untuk PRU tidak lama lagi.

Menurutnya, kos-kos itu akan digunakan untuk menampung kos petrol, hiasan dan untuk memasang peralatan-peralatan pada trak tersebut.

“Jika kewangan mengizinkan, kami juga ingin memasang sistem kese-lamatan GPS bagi me-mastikan keselamatan trak lebih terjamin.

“Perkara ini diambil kira setelah trak DAP di Semenanjung Malaysia pernah dicuri suatu ketika dahulu,” katanya.

Sesiapa yang berhasrat menyalurkan sumba-ngan boleh memasukkan bantuan kewangan itu menerusi Hong Leong Bank DAP (Padungan Branch) 01600212390 atau menyerahkan secara terus kepada Wong dengan menghubungi 016-8681239 atau Sekretariat Jentera Ubah Sarawak Bong Kuet Vui (082-335531).