74 peserta bersaing aksi boling BERNAS

0

KUCHING: Seramai 74 peserta mewakili 13 organisasi media elektronik dan cetak di sini telah mengambil bahagian pada Pertandingan Persahabatan Boling di Crystal Bowl, di sini kelmarin.

“Kejohanan itu diadakan bertujuan menghargai sokongan dan kerjasama rakan-rakan media terhadap pelbagai program syarikat sepanjang tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Mohd Kamaluddin Mohd Effendie.

Pasukan yang dianggotai oleh Taha Kasim, Muller Assen, Rosli Gundi dan Chong You Kiat menggondol tempat pertama setelah mencatat sejumlah 978 jatuhan pin.

Tempat kedua milik pasukan Hamdan Ismail, Mohd Farryzal Abu Bakar, Tukino Mapol dan Awang Kushairy Junaidi dengan jatuhan pin sebanyak 950 manakala gandingan Siaw Pei Siok, Edmund Chang, Alias dan Haini di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 948.