Ahli-ahli PBB Pelawan digesa bekerja keras

0

SIBU: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pelawan digesa agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua PBB Pelawan, Datuk Matnor Daim turut menyeru semua ahli PBB agar berdiri teguh dan memberikan sokongan padu kepada calon BN.

“Semua ahli PBB harus memastikan BN dapat merampas kembali kerusi Parlimen Sibu dan pada masa sama mengekalkan kerusi Parlimen Lanang,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bagi mengaktifkan kembali bilik operasi PBB Pelawan menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Mesyuarat semalam turut dihadiri oleh ahli dari lima cawangan kecil di bawah PBB Pelawan.

Menurut Matnor, ahli-ahli PBB juga harus memastikan BN menang di semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Kita akan memberi sokongan padu kepada calon BN dari semua parti komponen bagi memenangi semua kerusi Parlimen ini,” katanya.