Site Last Updated 9:32 pm, Friday

Semak status permohonan sebelum tuntut bantuan

Posted on February 3, 2013, Sunday

KUCHING: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di kawasan Parlimen Bandar Kuching dan Stampin diseru untuk menyemak status permohonan mereka terlebih dahulu sebelum menuntut bantuan tersebut.

Menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai, perkara itu adalah untuk memastikan bahawa nama-nama mereka dimasukkan ke dalam senarai penerima kumpulan pertama BR1M 2.0.

Katanya, pemohon boleh menyemak status mereka melalui laman web di http://www.supp.org.my dengan memasukkan nombor MyKad mereka.

Bagi penerima di kawasan Padungan dan Pending, yang berada di bawah Parlimen Bandar Kuching, bantuan tunai akan diagihkan pada 4 dan 5 Februari ini, di Stadium Tertutup MBKS, di Bintawa.

Bagi mereka yang di bawah kawasan di Batu Lintang, Kota Sentosa dan Batu Kawah, yang berada di bawah Parlimen Stampin, penyampaian bantuan akan diadakan pada 6 hingga 8 Februari, juga di tempat sama.

“Parti menyeru kepada pemohon untuk menyemak dan mengesahkan status permohonan mereka.

“Sekiranya nama mereka tidak termasuk di bawah kumpulan ini (BR1M 2.0) maka mereka dinasihatkan untuk tidak pergi bagi mengelak kesesakan pada hari tersebut selain membazir masa mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SUPP, di sini, semalam.

Tan Kai memberitahu, jika permohonan mereka telah diluluskan dan status disahkan, maka tidak ada keperluan bagi mereka untuk menunggu surat rasmi.

Beliau turut memberitahu bahawa pemohon yang tidak tersenarai dalam kumpulan pertama berkemungkinan akan menerima bantuan itu pada kumpulan seterusnya.

SUPP turut menyediakan akses ke kaunter khas bagi warga emas dan orang kurang upaya, sambil menambah bahawa ahli-ahli parti juga akan menjadi sekitar untuk membantu mereka. Padungan mempunyai 5,910 penerima, Pending (4,969), Batu Lintang (4,405), Kota Sentosa (4,650) dan Batu Kawah (6,542).

“Manakala bagi pemohon yang bukan dari kawasan yang disebut boleh menyemak status mereka di pejabat residen,” katanya.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.