Jawatankuasa kerja BN bakal ditubuh agihkan borang BL1M

0

KUCHING: Jawatankuasa kerja Barisan Nasional (BN) bakal ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen di Sarawak bagi memudahkan pengagihan borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Menurut ahli Majlis Tertinggi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Safri Abdullah, jawa-tankuasa itu akan turun padang membantu rakyat khususnya golongan belia yang memohon bantuan tersebut.

“Ahli-ahli akan turun padang dan mengaktifkan jentera. Sebagai contoh jika kawasan itu di bawah Parlimen PBB, mereka akan menubuhkan jawatankuasa kecil bagi program itu,” kata-nya pada sidang media di ibu pejabat PBB Jalan Bako, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Mong Dagang dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Wilfred Yap.

Safri yang juga pengarah program BL1M Negeri berkata, jawatankuasa kerja akan melawat semua tempat termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar semasa program itu berlangsung.

Beliau menyeru orang ramai khasnya belia untuk memohon bantuan tersebut.

Dengan bantuan tersebut, sesiapa yang ingin memohon lesen hanya membayar kadar RM199 sahaja berbanding kos RM600 hingga RM700 sebelum ini.

Safri turut mengingatkan para pemohon untuk tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana ejen atau individu yang cuba menyamar sebagai ejen BL1M.

“Tidak ada sebarang pelantikan bagi mana-mana individu atau ejen program ini kerana bayaran diterima hanya dalam bentuk kiri-man wang atau atas talian dan bayaran itu hendaklah dibuat kepada My E.G Ser-vice Berhad,” katanya sambil menambah bayaran tunai tidak diterima.

Jawatankuasa tersebut katanya, akan membantu dengan permohonan dan proses kemasukan.

Borang Permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web dan apabila siap diisi boleh dihantar kepada jawatankuasa bersama-sama dengan kiriman wang.

Borang itu juga boleh diper-olehi dari laman web SUPP bagi penduduk di bawah Parlimen Stampin dan Bandar Kuching dan akan dihantar ke ibu pejabat SUPP untuk pemprosesan.

Program BLIM dilancarkan bertujuan pemohon lesen pertama yang berusia antara 17 dan 45 tahun.

Orang ramai boleh melayari ke www.bl1m.my untuk mendaftar atau untuk mendapatkan maklumat lanjut.