Tambah bilangan wanita sebagai pembuat keputusan

0

MEMPERKASA WANITA: Sharizat (empat kiri) bersama Fatimah (tiga kiri) disambut meriah peserta Program Gagasan Aspirasi Wanita semasa ketibaan mereka.

KUCHING: Lebih ramai wanita berkelayakan daripada sektor swasta dan korporat diberi tempat sewajarnya iaitu sebagai pembuat keputusan, sama seperti perkhidmatan awam.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan  Keluarga (MPWK) Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, ini kerana wanita secara keseluruhannya mempunyai peranan penting untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sehingga kini lebih 30 peratus wanita memegang jawatan yang amat tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk lima ketua setia-usaha, di mana wanita diberi kepercayaan selain ada yang memegang jawatan sebagai canselor universiti.

“Namun kita tidak berpuas hati dengan penyertaan sektor swasta dan korporat, dengan itu kita mahu lebih ramai wanita berkelayakan daripada sektor swasta dan korporat diberi tempat sewajarnya,” katanya ketika berucap me-rasmikan Program Gagasan Aspirasi Wanita di sini, semalam.

Sharizat berkata, kejayaan sasaran 30 peratus dalam perkhidmatan awam itu di-sebabkan pemetaan agenda oleh kerajaan terhadap golo-ngan wanita bagi mengiktiraf sumbangan mereka.

“Jika sebelum ini hanya 12 peratus sahaja wanita seluruh negara termasuk Sarawak memegang  jawatan tertinggi dalam kerajaan namun sele-pas adanya pindaan dasar kerajaan, kita menyaksikan lebih 30 peratus wanita sebagai pembuat keaputusan,” tegasnya.

Sharizat dalam ucapannya turut berkata, lebih banyak program berkaitan dengan wanita di negeri ini membabitkan kaum lelaki sebagai satu aspirasi kepada mereka.

Ini kerana kebanyakan program wanita baik di peringkat persekutuan atau negeri tidak membabitkan golo-ngan lelaki, yang disifatkan sebagai penentu kepada nasib wanita.

Mengulas mengenai program yang dianjurkan kata-nya, ia satu program peringkat akar umbi di mana MPWK akan mengumpul aspirasi wanita untuk dise-rahkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dalam ucapannya berkata, usaha untuk melibatkan wanita secara aktif dalam menetapkan visi, aspirasi dan arah tuju pembangunan negara adalah amat penting dan relevan.

Menurut beliau berdasarkan statistik penduduk warganegara Malaysia pada tahun 2010, daripada lebih 26.78 juta populasi, lebih 13.24 juta atau 49.5 peratus adalah wanita.

Fatimah berkata sekiranya mengambil kira bilangan penduduk warganegara berumur 60 tahun ke atas, 50.2 peratus atau 1.07 juta adalah wanita.

“Statistik ini menunjukkan bahawa meskipun bilangan wanita kurang daripada lelaki tetapi jangka hayat mereka adalah lebih panjang.

“Sehubungan itu peranan dan sumbangan wanita tidak boleh diperkecilkan,” kata-nya.

Program Gagasan Aspirasi Wanita itu semalam turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Gha-zali dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.