Site Last Updated 10:15 am, Thursday

Mawan calon terbaik bertanding di Saratok: Banyi

Posted on February 7, 2013, Thursday

MIRI: Bekas Setiausaha Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Saratok Banyi Beriak berkata Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom adalah calon terbaik untuk bertan-ding bagi kerusi Parlimen Saratok.

Beliau memberitahu, Mawan adalah calon yang tepat dan lebih layak menggantikan Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat bagi kerusi Parlimen Saratok.

“Tidak ada orang yang berhak untuk menghalang Mawan daripada bertanding bagi kerusi terbabit kerana beliau adalah individu yang lebih layak dalam SPDP,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, Mawan bukan sahaja me-nyandang jawatan tertinggi dalam SPDP tetapi juga latar belakang beliau yang dilahirkan di Budu dan mempunyai penyokong yang ramai di kawasan Saratok.

“Sebagai presiden SPDP, saya berpendapat tiada calon lain yang lebih layak untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Saratok dan saya menyokong hasrat Mawan untuk bertanding di sini,” jelasnya.

Laporan Utusan Borneo kelmarin menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Krian Ali Biju melahirkan kesediaan untuk bertanding di Saratok sekiranya presiden SPDP itu bertanding bagi kerusi Parlimen Saratok.

Ali memberitahu, beliau akan bertanding sekiranya parti dan rakyat menginginkannya untuk bertan-ding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Tidak kira sama ada saya bertanding atau tidak, semua adalah terpulang kepada ahli Majlis Tertinggi parti dan rakyat yang mahukan saya atau sesiapa sahaja bertanding di kawasan terbabit,” katanya.

Ali berkata kemungkinan kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan lebih kepada ‘borak di kedai kopi’ bagi mengelirukan penyokong di kawasan Saratok.

Mawan pada masa sama turut menjelaskan dakwaan dia bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Saratok hanya satu spekulasi liar menjelang PRU13.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dapat menghalang orang awam untuk membuat spekulasi namun SPDP juga tidak pernah berbincang untuk menggantikan Jelaing meskipun terdapat senarai nama calon lain yang turut dihantar kepada pucuk kepimpinan tertinggi BN.

Mawan bagaimanapun meletakkan keputusan kepada pucuk kepimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan untuk menentukan calon yang tepat bertanding di kerusi terbabit.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.