Seramai 1,726 penerima bantuan bulanan JKM terima sumbangan

0

SIBU: Seramai 1,726 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari bahagian Sibu menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah pada Program Sejambak Kasih yang diadakan di Dewan Suarah Sibu.

JKM menerusi berkenaan telah menyampaikan sumbangan berupa angpau dan hamper kepada 6,582 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri.

Dalam ucapannya Fatimah memberitahu, JKM Negeri telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM136,238,610 untuk 51,157 penerima bantuan bulanan bagi tahun 2012.

“Perbelanjaan disalurkan kepada penerima di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Kanak-kanak (BKK), Bantuan Am, Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) / Pesakit Kronik Terlantar, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan Belia Beliawanis,” jelasnya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lanang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King, Pengarah JKMN Noriah Ahmad, Temenggung Vincent Lau Lee Ming, Temenggung Wan Hamid Edruce dan Temenggung Sir Adrian Ringgau.