Site Last Updated 7:09 am, Thursday

Tahun Baharu Cina sederhana tetapi meriah

by Agnes Tugong. Posted on February 12, 2013, Tuesday

SAMBUTAN perayaan Tahun Baharu Cina 2013 di sekitar bandar raya ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah sepanjang hari pertama Ahad lepas.

Acara bertambah meriah dengan penganjuran beberapa majlis rumah terbuka oleh orang kenamaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat daripada kaum Cina di kediaman masing-masing.

Antara majlis rumah terbuka yang menjadi tumpuan warga kota dan pengunjung pada hari pertama Tahun Baharu Cina 2013 ialah Rumah Terbuka anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti di sini.

Tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka di sekitar bandar ini Ahad lepas ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng di kediamannya yang terletak di Kenny Hill di sini.

Ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Ting Pek Khiing turut tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya yang terletak di Jalan Song yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

P03881

P03880

P03879

P03878

P03874

P03875

P03876

P03877

P03873

P03872

P03871

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.