Site Last Updated 3:53 pm, Tuesday

Tiada insiden tembak menembak di Lahad Datu

by RUZAINI ZULKIFLIruzainiUB@gmail.com. Posted on February 16, 2013, Saturday

KOTA KINABALU: Polis menafikan berlaku insiden tembak menembak melibatkan sekumpulan warga asing yang mahu dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina di Lahad Datu baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa keadaan di daerah berkenaan adalah selamat dan jauh daripada situasi tegang sepertimana digembar-gemburkan.

Malah menurut beliau, terdapat perkembangan yang amat positif berhubung rundingan yang sedang dilakukan dengan kumpulan berkenaan.

Hamza berkata, perkembangan rundingan terbabit di tahap positif dan pihaknya kini optimis perkara itu akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat ini.

“Situasi di kawasan pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu itu terkawal dan tidak ada pihak yang boleh masuk serta keluar ke lokasi kejadian secara bebas.

“Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai berhubung kejadian menceroboh ini, tetapi apa yang boleh saya tegaskan bahawa keadaan di sana adalah selamat dan perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mendengar dakwaan dan khabar angin yang disampaikan kepada mereka kerana keadaan di sana adalah terkawal,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa situasi berhampiran Pantai Tandao di Felda Sahabat 17, Lahad Datu dalam keadaan terkawal selain mendedahkan tidak ada pihak yang boleh masuk serta keluar ke lokasi kejadian secara bebas.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.