Sokongan Cina mungkin meningkat sekiranya peperiksaan UEC diiktiraf

0

KUCHING: Sokongan dari­pada masyarakat Cina mung­kin meningkat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya peperiksaan Sijil Bersatu (UEC) diiktiraf oleh kerajaan.

Menurut Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin beliau amat yakin isu pengikti­rafan peperiksaan bahasa Cina tersebut adalah disokong oleh kerajaan dan akan diselesaikan tidak lama lagi.

“Kerajaan tidak perlu membina kampus Universiti Xiamen dan Universiti Jiao­tong dari China jika mereka tidak mempunyai niat untuk mengiktiraf UEC,” jelasnya yang yakin kaum Cina akan lebih menyokong Barisan Na­sional sekiranya UEC diiktiraf tanpa bersyarat.

Beliau ditemui setelah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pemuda dan Wanita SUPP Cawangan Batu Lin­tang di pekarangan pejabat cawangan tersebut semalam.

Menurut Chin Universiti Xiamen Malaysia akan dibina di negeri Johor manakala Uni­versiti Jiaotong akan dibina di Sarawak.

“Terpulang kepada Barisan Nasional dan kepimipinan Per­dana Menteri untuk mengikti­raf UEC sebelum pilihan raya yang akan datang,” ujarnya.

Chin turut melihat penubu­han kedua-dua universiti dari China tersebut di negara ini sebagai langkah positif dan berharap pengiktirafan akan dilaksanakan seterusnya.