Site Last Updated 11:32 pm, Friday

Lelaki tertekan tidak jadi bunuh diri selepas dipujuk isteri

Posted on February 23, 2013, Saturday

DRAMATIK: Kombinasi gambar menunjukkan isteri mangsa (gambar kiri) memujuk mangsa sebelum diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (gambar kanan) dalam insiden tersebut.

DRAMATIK: isteri mangsa memujuk mangsa sebelum diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam insiden tersebut.

KUCHING: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan milik sebuah universiti swasta di Simpang Tiga di sini tidak kesampaian selepas berjaya dipujuk oleh is­terinya sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam.

Lelaki berusia 36 tahun itu nekad bertindak sedemikian dipercayai akibat mengalami tekanan perasaan yang ber­punca daripada masalah kelu­arga yang kemudian menjejas­kan prestasi kerjanya.

Ekoran itu, mangsa yang bekerja sebagai staf sokongan universiti tersebut ditegur oleh pihak pengurusan menyebab­kan dia nekad ingin terjun dari bangunan itu melalui tingkap sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Menurut jurucakap polis, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berge­gas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berhubung kejadian.

“Dengan bantuan daripada isteri mangsa serta rakan-rakannya, pihak bomba ber­jaya memujuk mangsa dan membawanya masuk semula ke dalam bangunan kira-kira 30 minit selepas itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa tertekan dengan ma­salah keluarga dan kerja dan buat masa ini, dia dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan dan akan ditahan untuk siasatan atas kesalahan cubaan membunuh diri,” katanya.

Mangsa juga diberitahu akan dihantar ke Hospital Sentosa untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam satu kejadian beras­ingan, seorang wanita berusia 48 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumah­nya di Jalan Durian Burung di sini, semalam.

Menurut sumber, mayat mangsa ditemui oleh kakaknya sendiri di tingkat atas ru­mah mangsa ketika melawat mangsa sekitar jam 9 pagi semalam.

Mangsa difahamkan seorang diri di rumahnya di mana suaminya telah pergi bekerja, manakala dua lagi anak ber­sekolah.

Pihak polis juga bergegas ke tempat kejadian dan meng­klasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

91