Farwa Boutique gabungan tenaga usahawan tempatan dan Pakistan

0
TERBAHARU:Noraini bergambar bersama tudung muslimah trend terbaharu Nastasya Kristal yang dijual pada harga RM55 di Farwa Boutique di Kota Samarahan, semalam.

TERBAHARU:Noraini bergambar bersama tudung muslimah trend terbaharu Nastasya Kristal yang dijual pada harga RM55 di Farwa Boutique di Kota Samarahan, semalam.

KUCHING: Delegasi lapan orang dari Pakistan berbesar hati dengan pelawaan dan sokongan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dalam meningkatkan pelaburan asing di sini.

Justeru, Spandiex Group of Company (Spandiex) yang diketuai Pengerusinya, Qazi Muhammad Abu Bakar Qazi Muhammad Naeem bersama rakan kongsi Pengarah World Business Associates (WBA) Mohd Taufeeq Rasyidi Mohd Yusof semalam merasmikan Farwa Boutique (Farwa).

Farwa terletak di Taman Palma Villa, Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan berdekatan dengan kampus baharu UiTM Sarawak menjual pelbagai saiz dan jenis busana untuk golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Kami mahukan komitmen jangka panjang dan kepuasan pelanggan, jadi soal harga dan untung bukan keutamaan pihak kami.

“Kebanyakan tudung muslimah yang dijual berharga lingkungan RM10 sehingga RM55 sahaja dan pakaian di sini diimport dari negara China, Thailand, Indonesia serta buatan tempatan,” kata Pengurus Farwa anak syarikat WBA Noraini Yahya semalam.

Pihak WBA dengan kerjasama Spandiex turut membuka beberapa rangkaian butik dan kedai makan di beberapa lokasi terpilih dalam negeri termasuk Kuala Lumpur dan Langkawi sepanjang Mac ini nanti.

Delegasi turut melihat peluang di Malaysia dalam mengembangkan perniagaan farmaseutikal, teh (Pak Tea), makanan dan minyak berplumbum yang dijalankan pihaknya sejak 2008 di Pakistan.

Sebelum ini Spandiex telah mengembangkan perniagaannya ke negara jauhari seperti Arab Saudi, China, Thailand dan Dubai.

Cabutan bertuah, makan tengah hari dan hadrah di samping pemberian baucar RM10 turut diadakan sempena perasmian pembukaan butik tersebut semalam.

Naib Pengerusi Spandiex Muhamad Ibrar Ulhaq dan Ahli Eksekutif Tertinggi Pusat Spandiex Muhamad Salman turut hadir pada majlis itu yang juga diraikan bersama saudara-mara dan sahabat handai.

Farwa merupakan butik yang pertama dibuka di Sarawak di bawah syarikat WBA.