Projek bermasalah juga harus dirujuk kepada ejen pelaksana

0
TERUS BERSATU: Wakil Jentera BN Cawangan Parlimen Santubong menyerahkan ikrar janji kepada Wan Junaidi.

TERUS BERSATU: Wakil Jentera BN Cawangan Parlimen Santubong
menyerahkan ikrar janji kepada Wan Junaidi.

KUCHING: Projek berma­salah bukan tanggungjawab sepenuhnya wakil rakyat, sebaliknya rujukan juga harus dibuat kepada ejen pelaksana.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, wakil rakyat biasanya bertanggungjawab mencari dana tetapi agensi pelaksana yang bertang­gungjawab memantau setiap projek.

Katanya, setiap kali ada projek bermasalah, pasti wakil rakyat yang akan diper­salahkan sehingga terlepas pandang kepada kontraktor dan agensi pelaksana projek berkenaan.

“Perkara ini memang ser­ing berlaku bukan sahaja di kawasan Santubong, malahan di kawasan lain, banyak pro­jek bermasalah seharusnya dirujuk kepada kontraktor itu sendiri.

“Jika kontraktor tidak mengendahkannya, rujuk masalah itu kepada agensi pelaksananya seperti Pejabat Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Seminar Per­sediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Palimen San­tubong di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Justeru, Wan Junaidi men­yarankan agar penduduk terutamanya pemimpin di akar umbi bersama-sama memantau pelaksanaan pro­jek di kawasan masing-mas­ing dan jika ada berlakunya masalah, rujuk masalah itu kepada kontraktor atau agensi pelaksana.

Menyentuh mengenai pro­jek yang telah diluluskan di kawasan Parlimen Santubong, Wan Junaidi yang juga Tim­balan Speaker Dewan Rakyat berkata sebanyak RM2 juta telah diluluskan untuk pem­binaan masjid di Kampung Sepakat Jaya.

“Namun, pelan masih be­lum lagi dibuat dan kita menjangkakan ia akan dibuat secepat mungkin demi keper­luan penduduk,” jelasnya.

Selain itu, katanya, seban­yak RM15 juta telah diperun­tukkan untuk pembinaan jalan raya di Kampung Semilang Beradik yang mana proses tender akan dikeluarkan pada pertengahan Mac nanti.

Justeru, beliau berharap rakyat terus memberi mandat kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara ini bagi memastikan perancangan dan pembangunan dapat diteruskan.

“Jika kita mahu pem­bangunan dapat diteruskan serta kebajikan rakyat terus dibela buktikan pada PRU13 nanti,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rah­man Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.