SK Melugu anjur program sasaran UPSR

0

SRI AMAN: Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Bihud Apok merasmikan Program Sasaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu di sini semalam.

Program yang dihadiri oleh ibu bapa tahun enam sekolah itu adalah dianjurkan oleh pihak sekolah dan mendapat sambutan luar biasa di kalangan ibu bapa.

Guru Besar SK Melugu, Louis Aom menerangkan sasaran sekolah dalam UPSR tahun ini kepada pegawai pelajaran serta langkah progresif yang dijalankan untuk memastikan sasaran tercapai.

Bihud juga memberi sedikit perkongsian maklumat dan rangsangan kepada ibu bapa supaya membantu memantau kegiatan anak-anak semasa di rumah supaya mereka dapat memberi perhatian khusus terhadap pelajaran bagi memastikan mendapat keputusan yang baik dalam UPSR tahun ini.

Terdahulu, upacara memotong reben dan ‘aku janji’ ibu bapa menjadi agenda program tersebut.