NGO persoal MPPP arah pekerja kosongkan kuarters secara mendadak

0

GEORGE TOWN: Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) semalam menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengkaji semula arahan kepada 38 pekerjanya agar mengosongkan kuarters di Jalan S.P.Chelliah di sini.

Penasihat PKIM Mohd Rofi Osman berkata arahan berpindah yang berkuat kuasa 15 Mac itu adalah tidak wajar kerana dilakukan dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

“Mereka terima notis itu pada akhir Januari,” katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya pekerja terbabit diarah berpindah ke kuarters di Taman Sri Pinang di sini, namun tinjauan PKIM mendapati penempatan berkenaan dalam keadaan rosak dan tidak boleh didiami. — Bernama