Bukan sekutu TM tidak dibenar guna logo WTF

0

SIBU: Taekwando Malaysia (TM) merayu agar semua pertubuhan taekwando yang bukan bersekutu dengan TM agar tidak menggunakan logo, bendera atau motto Perse­kutuan Taekwando Sedunia (WTF)apabila menganjurkan sebarang pertandingan atau kejohanan.

Naib Presiden TM, Datuk Samson Maman berkata pihaknya tidak teragak-agak menyaman pihak yang berk­enaan sekiranya mereka terus menggunakan logo WTF un­tuk kepentingan sendiri.

“Kita amat serius dalam hal ini dan tidak teragak-agak menyaman pihak yang terbabit sekiranya mereka terus ingkar amaran dan terus menggunakan logo WTF untuk menganjur­kan pertandingan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Presiden Per­satuan Taekwando Sarawak (STA) Mohd Salleh Sani, Naib Presiden Datuk Lau Keung Chai serta Pengerusi Teknikal merangkap Ketua Jurulatih STA, Tan Check Joon.

Sejak pembatalan pen­daftaran Persatuan Taek­wando Malaysia (MTA) pada 2005, Samson memberitahu TM merupakan satu-satu badan taekwando di negara ini yang disahkan sebagai ahli oleh WTF.

Ini disahkan melalui surat daripada Setiausaha Agung WTF, Jean-Marie Ayer ber­tarikh 16 Januari 2013 yang dialamatkan kepada Presiden TM, Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, WTF tu­rut mengiktiraf TM sebagai satu-satunya persatuan di Malaysia yang boleh memilih peserta bagi mewakili negara untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa, selain kejohanan anjuran WTF.

Namun, menurutnya, masih terdapat kumpulan yang men­gambil kesempatan dengan melatih ahli meskipun per­satuan terbabit bukan ahli bersekutu kepada TM.

Di Sarawak, katanya, TM telah menghantar surat ke­pada Persekutuan Taekwando Sarawak (STF) bagi mengh­entikan sebarang aktiviti sep­erti penganjuran pertandingan dengan menggunakan logo WTF.

“Kita telah memberi STF masa 14 hari untuk menghen­tikan daripada menggunakan logo WTF dan jika gagal, tindakan mahkamah akan diambil,” tegasnya.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh TM jika STF terus menggunakan logo WTF, Samson berkata, pihaknya akan memantau rapi keadaan dan menyerahkan perkara itu kepada pasukan perundangan TM untuk tin­dakan selanjutnya.

“Diharap menjelang hu­jung Mac ini, semua masalah dapat diselesaikan,” ujarnya sambil menambah TM selama ini hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memper­besar isu agar tidak menje­jaskan sukan taekwando di negara ini.