Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Petronas buka tirai prestij pada 6 April

0

BINTULU: Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Petronas Edisi Ke-19 2013 bakal membuka tirai prestijnya pada 6 April depan, dengan sepak mula kejohanan berlangsung di Sta­dium Mini Bintulu pada jam 4 petang.

Justeru, pasukan-pasukan yang berminat menyertai ke­johanan itu boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Petronas Jalan Sommerville pusat bandar Bintulu dan Lea Sports Centre di ParkCity Mall di sini.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat untuk johan.

Manakala naib johan bakal menerima RM2,500, piala iringan dan pingat diikuti tempat ketiga akan menerima RM500.

Kejohanan itu merupakan anjuran Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) dan Petronas.

Presiden BiFA, Duke Janteng berkata, penyertaan pasukan dalam kejohanan ini adalah ter­had untuk 16 pasukan sahaja.

“Siapa cepat, pasukan itu yang akan dapat,” katanya sambil menambah penguran­gan jumlah pasukan itu adalah disebabkan lebih banyak ke­johanan-kejohanan lain akan diadakan.

Dalam pada itu, untuk ket­erangan lanjut boleh meng­hubungi Duke di talian 013-8223506 atau pegawai penye­laras kejohanan Ibrahim Tahir (013-8404677).