Kronologi insiden di Lahat Datu

0

• 7-10 pagi: Suasana di sekitar daerah Lahad Datu masih kelihatan aman dan terkawal di mana orang ramai kelihatan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa.

• 10.30 pagi: Keadaan cemas berlaku di sekitar bandar Lahad Datu apabila premis-premis perniagaan ditutup sebagai langkah keselamatan.

Ini berikutan laporan yang menyatakan berlaku pertempuran di Kampung Tanduo di antara pasukan keselamatan dengan kumpulan penceroboh bersenjata.

• 11.30 pagi: Tinjauan Utusan Borneo di kawasan bandar mendapati rata-rata premis peniagaan, termasuk bank telah ditutup sepenuhnya sementara kenderaan turut kelihatan bergerak keluar mengosongkan kawasan bandar.

• 11.45 pagi (mengikut laporan semasa): Menurut sumber , seorang anggota pasukan keselamatan terkorban, manakala dua yang lain cedera akibat terkena sepihan bom mortar apabila pos kawalan keselamatan dikatakan diserang oleh kumpulan penceroboh.

• 12.00 tengah hari: Tinjauan di Hospital Daerah Lahad Datu melihat beberapa kakitangan hospital

melakukan persiapan dengan menyediakan kelengkapan seperti kerusi roda dan katil yang disusun rapi di bahagian luar bilik kecemasan bagi menerima kedatangan anggota yang cedera.

• 1.40 petang: Kelihatan sebuah helikopter mendarat di kawasan hospital bagi menghantar tiga anggota pasukan keselamatan yang dipercayai cedera akibat pertempuran yang tercetus di Kampung Tanduo.

• 4.00 petang: Menurut sumber, bilangan anggota pasukan keselamatan yang maut dalam pertempuran itu adalah seramai dua orang, tiga yang cedera dihantar ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Sandakan.