Site Last Updated 11:53 am, Wednesday

Pasukan Naruto dinobatkan johan pertandingan futsal

Posted on March 2, 2013, Saturday

JUARA: Pasukan Naruto menerima hadiah daripada pihak pengelola pada majlis berkenaan di Sri Aman malam kelmarin.

JUARA: Pasukan Naruto menerima hadiah daripada pihak pengelola pada majlis berkenaan di Sri Aman malam kelmarin.

SRI AMAN: Pasukan Naruto dari Sri Aman dinobatkan sebagai johan Pertandingan Futsal 2013 sempena Program Mesra Belia Parlimen 202 Sri Aman anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di sini malam kelmarin.

Pasukan Naruto menewaskan Mambang ber­jaya membawa pulang hadiah wang tunai berserta hamper, manakala pasukan Mambang yang akur dengan naib johan membawa pulang hadiah wang tunai dan juga hamper.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan JKKL dengan membawa pulang hadiah wang tunai berserta hadiah berupa hamper.

Dalam pada itu, empat pasukan membawa pulang hadiah sagu hati iaitu pasukan Nuestros, TK Team, KBMB dan Hard Paradise.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah Peno­long Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Ismail.

Sebanyak 13 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bermula pada 26 Februari lalu dan berakhir malam kelmarin.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.