Program Dog-A-Walk PAWS di pantai Piasau Boat Club pada Ahad ini

0

MIRI: Bagi meningkatkan interaksi antara manusia dengan haiwan peliharaannya, Piasau Animal Welfare Support (PAWS) akan mengadakan program Dog-A-Walk PAWS pada jam 4.30 petang esok.

Aktiviti yang akan diadakan di pantai Piasau Boat Club berkenaan juga adalah untuk menggalakkan masyarakat meluang masa berkualiti bersama haiwan pelihara.

Setiap haiwan pelihara terutamanya anjing adalah haiwan yang baik tanpa mengiran jantina, baka atau umur haiwan sekiranya tuan empunya haiwan menjaga dan memberikan yang terbaik kepada haiwan peliharaan mereka.

Justeru, Dog-A-Walk PAWS adalah salah satu usaha penting dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat di samping merapatkan dan meluangkan masa bersama haiwan peliharaan adalah dengan aktiviti bersiar atau berjalan bersama.

Selain meluangkan masa bersama anjing kesayangan, ia secara tidak langsung adalah aktiviti senaman yang memberikan manfaat.

Setiap peserta hanya boleh membawa dua anjing yang juga ditemani rakan atau keluarga bagi membantu dalam aktiviti tersebut.

Makan dan minuman serta barangan PAWS turut akan dijual pada hari berkenaan.

Mereka yang berminat untuk menyertai atau maklumat lanjut mengenai Dog-A-Walk PAWS, boleh melayari laman sesawang sosial Facebook di bawah nama PAWS Miri atau menghubungi atau menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di talian 013-8065066.