Kennaly diminta pulang segera urus proses perceraian

0

MIRI: Seorang bapa mentua mengharapkan menantunya yang dikenali sebagai Kennaly Edward pulang dengan segera bagi menguruskan proses perceraian.

Elias Binos, 56, berkata Kennaly, 31, dipercayai menghilangkan diri sejak 29 Disember lalu dan usaha menghubunginya sejak tarikh tersebut tidak berjaya.

“Saya menggesa Kennaly pulang dengan segera bagi menguruskan proses perceraian dan dokumentasi dan saya telah mencari dia sejak dua bulan lalu di tempat kerjanya di Bintulu,” katanya di sini semalam.

Elias memberitahu, satu laporan polis telah dibuat pada 11 Februari lalu bagi mencari dan mengesan Kennaly namun sehingga kini menantunya itu masih belum pulang ke rumah.

Kennaly bekerja sebagai juruelektrik di salah sebuah kilang di kawasan Similajau, Bintulu dan dia pernah pulang ke rumah pada 26 Disember lalu bagi menyambut Hari Krismas.

“Pada 29 Disember, dia telah kembali semula ke tempat kerjanya seterusnya selepas itu, Kennaly tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini,” katanya.

Tambahnya, Kennaly turut dipercayai membawa sejumlah pakaian sebelum keluar meninggalkan rumah pada 29 Disember lalu.

Elias turut menghubungi keluarga Kennaly untuk bertanyakan menantunya, namun keluarga Kennaly juga tidak tahu kejadian Kennaly menghilangkan diri.

Sementara itu, isteri Kennaly, Edwin Jaul, 32, pernah menghubungi suaminya beberapa kali namun usahanya itu turut menemui jalan buntu.

Mereka yang mengenali Kennaly atau mengetahui kedudukan Kennaly boleh menghubungi Elias Binos di talian 019-8654692 atau Edwin Jaul (013-8420907).