Tiga anggota polis Sibu ke Lahad Datu

0

SIBU: Tiga anggota polis dari sini telah dikerah ke Sabah semalam bagi membantu pasukan keselamatan negara menghadapi pencerobohan di negeri itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail mengesahkan per-kara tersebut ketika dihubungi semalam.

“Ketiga-tiga anggota tersebut termasuk seorang pegawai dan dua anggota daripada Jabatan Polis Marin telah bertolak ke Sabah pagi ini (semalam),” katanya.

Difahamkan hanya mereka bertiga dari Sibu ditugaskan untuk membantu pasukan keselamatan yang lain dalam misi tersebut.

Mereka dijangka akan ditugaskan untuk membantu menjalankan siasatan dalam perkara yang berkaitan dengan insiden tembak-menembak dan marin di lokasi berkenaan.

Setakat ini, kata Shafie, hanya mereka bertiga dari Sibu dihantar ke Sabah dan kemungkinan beberapa orang lagi dijangka akan turut me-nyertai misi tersebut.

Difahamkan juga bahawa semua pasukan keamanan di seluruh negara kini dalam keadaan bersiap sedia.

Laporan berita terkini semalam melaporkan seramai 12 orang perajurit negara telah terkorban termasuk enam orang polis dalam kejadian tembak-menembak dengan penceroboh daripada Kesultanan Sulu.