Parlimen Santubong ada program tersendiri bentuk pemimpin muda

0

SEMATAN: Parlimen Santubong mempunyai program tersendiri untuk membimbing dan membentuk pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai wakil rakyat.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau menge-tahui individu yang berpotensi untuk terus dibentuk sebagai pemimpin.

Pemimpin muda di kawasan itu menurutnya, perlu berwibawa serta bersedia berkhidmat untuk rakyat dan bukan hanya pandai bercakap politik sahaja.

“Saya mempunyai program sendiri untuk membentuk pemimpin muda. Ini kerana menjadi wakil rakyat bukan mudah…ada orang fikir jadi Ahli Parlimen hanya perlu pergi Parlimen sahaja.

“Sebagai Ahli Parlimen kita perlu berdebat mengenai dasar dan undang-undang negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elauan Sara Hidup Nelayan kepada 419 penerima semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha pihaknya untuk membentuk dan melahirkan pe-mimpin belia.

“Kita mahu lahirkan pe-mimpin serba boleh dan bukannya pemimpin yang mengejar glamor,” ujarnya.

Terdahulu ketika berucap, Wan Junaidi yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan pilihan raya yang kritikal, penting dan amat besar.

“Ini kerana PRU13 akan melihat dari semua sudut dan keadaan terutama program pembangunan yang dirancang kerajaan sedia ada,” jelasnya.