Kakitangan syarikat KTS sertai Kursus Mencegah Kebakaran

0

MIRI: Kakitangan Kumpulan syarikat dan anak syarikat KTS yang berpejabat di Wisma Rela Aman di sini, menyertai Kursus Mencegah Kebakaran yang diadakan di bangunan tersebut.

Kursus selama sehari itu disertai 12 pegawai dan kakitangan daripada See Hua Marketing Sdn Bhd, Bintulu Lumber Development Sdn Bhd (BLD), Tahora Trading Sdn Bhd dan Gayanis Sdn Bhd.

Kursus tersebut yang dikendalikan dua pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Dennis Usang Anyie dan Henry Jugah, bertujuan meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat terbabit dalam usaha mencegah kebakaran di bangunan pejabat, khususnya mereka yang bertugas di bahagian teknikal, pengemas pejabat serta pengurusan.

Melalui kursus tersebut kakitangan turut didedahkan dengan peralatan memadam kebakaran yang disimpan di beberapa bahagian dalam bangunan serta fungsinya dan peranan mereka, jika berlaku kebakaran.