Abu Bakar takluki Tasik Masja

1
TAHNIAH: Fadillah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. — Gambar Mohd Rais Senusi

TAHNIAH: Fadillah menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. — Gambar Mohd Rais Senusi

KUCHING: Abu Bakar Osaman dari pasukan C9 dinobat sebagai Raja Tasik Masja apabila muncul pemenang kategori Kelas A (50cc) pada Kejohanan Bot Berkuasa Tinggi Kawalan Radio (R/ C) Zenoah Malaysia di Tasik Masja, Petra Jaya di sini, semalam.

Tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima masingmasing diduduki oleh Osman Hamid (Sibu), Abang Nazzar (PJRC), Dzulkarnain Hussein (Viking) dan Zamhari Zaini (C9).

Seorang lagi peserta dari pasukan C9, Khaider Ahad turut memenangi Kategori Kelas D (43cc) dengan tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima disandang oleh Abdul Malek Rahman (Viking), Ting Teck Kiong (Miri), Mohd Jamal (Racobra) dan Asraf Zapar (C9).

Kategori Kelas E (26cc) pula diungguli oleh Samuel Mamat (Belaga Solo) dengan tempat kedua hingga kelima masing-masing diduduki oleh Asraf Zapar (C9), Apui Girang (Miri), Hildy Linang (Limbang) dan Bong Sing Kuan (Kuching).

Selain itu, Samuel turut memenangi Kategori Kelas F (26cc) dengan tiga peserta dari Racobra iaitu Zulhairey Madon, Mohd Iskandar dan Superaptor serta Shukri dari Miri masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Bagi Kategori Kelas G (29cc), pemenangnya ialah Liew Kian Kiew (Kuching) manakala tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima diduduki oleh Mohd Jamal (Racobra), Ting Siew Ping (Limbang), Mat Usop Adam (Racobra) dan Dzulkarnain Hussein (Viking).

Sementara, Zik Affendi (Sibu) mengungguli Kategori Kelas H dengan tempat kedua hingga kelima masing-masing disandang oleh Dzulkarnain Hussein (Viking), Yoos (Indonesia), Ting Siew Ping (Limbang) dan Abdullah Ibrahim (Indonesia).

Zik Affendi turut memenangi Kategori Kelas I (26cc dan 29cc) manakala tempat kedua hingga kelima masing- masing disandang oleh Samuel Mamat (Belaga Solo), Vincent Yii (Sibu), Aron Sie (Lawas) dan Ting Siew Ping (Limbang).

Setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, piala serta produk enjin Zenoah.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Kejohanan Bot Berkuasa Tinggi Kawalan Radio (R/C) Zenoah Malaysia bermula dari 15 hingga 17 Mac dengan sebanyak 12 pasukan menyertainya iaitu dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.