Dua lelaki dalam keadaan mencurigakan ditahan

0

KUCHING: Dua lelaki dari Kota Samarahan yang dalam keadaan mencurigakan ditahan di Jalan Stutong, di sini.

Suspek-suspek yang masing-masing berusia 41 tahun dan 30 tahun turut dikatakan bertindak agresif ketika cuba ditangkap pada kira-kira jam 3 pagi.

Pemeriksaan mendapati kereka memandu sebuah van yang disyaki dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Pihak polis turut menjumpai beberapa barangan, juga disyaki dicuri seperti beberapa kepingan kayu dan 10 beg simen.

Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita warganegara China ditangkap kerana menjual telefon bimbit secara haram.

Turut dirampas dalam tangkapan itu adalah dua empat unit telefon bimbit.

Tangkapan itu dibuat di Medan Niaga Satok hasil maklumat orang awam sekitar jam 10 pagi semalam.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan.