Remaja diberkas disyaki terlibat kes rogol

0

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kejadian rogol ke atas seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di sini.

Difahamkan suspek diberkas di dalam sebuah bot ekspres yang dijadualkan dalam perjalanan ke Kapit.

Terdahulu, sebelum kejadian polis telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kelibat lelaki berkenaan.

Suspek yang berasal dari Kapit kini sedang direman bagi membantu siasatan.

Baru-baru ini, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di sini mendakwa dirogol secara bergilir-gilir dua lelaki.

Seorang daripada lelaki berkenaan difahamkan adalah kenalan kepada kakaknya yang berusia 15 tahun.

Sebelum kejadian, mangsa diajak keluar ke sebuah taman di Jalan Permai, di sini sehingga larut malam.

Difahamkan, mangsa ada meminta lelaki berkenaan menghantarnya pulang ke rumah.

Namun permintaan mangsa ditolak lelaki berkenaan jika permintaan untuk mengadakan hubungan seks dengannya ditolak.

Oleh kerana takut, mangsa hanya menurut sahaja permintaan lelaki terbabit termasuk mengikutnya pulang ke rumah.

Sebaik tiba di rumah lelaki terbabit, seorang lagi rakan suspek datang tidak lama kemudiannya.

Kedua-dua lelaki berkenaan telah merogol mangsa secara bergilir-gilir.