Kuching tuan rumah Routes Asia 2014

0

KUCHING: Bandar raya Kuching telah diumumkan sebagai tuan rumah Routes Asia pada 2014, kelmarin.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg hadir di Mumbai, India bagi menerima penyerahan hak tuan rumah tersebut.

Pada tahun ini Routes Asia telah diadakan di Mumbai, India dari 17 hingga 19 Mac lepas.

Pengumuman tersebut telah dibuat pada majlis makan tengah hari di salah sebuah hotel di situ bagi menyambut semua delegasi ke Kuching pada tahun depan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Datu Ik Pahon serta wakil-wakil daripada Malaysia Airport Berhad, Tourism Malaysia (Mumbai), Konsulat Malaysia di Mumbai dan Penerbangan Malaysia (MAS).

Routes Asia merupakan acara utama yang penting bagi pihak lapangan terbang, syarikat penerbangan, pihak pelancongan, para pemimpin.