12 pasukan buru keagungan

0
CABARAN BERMULA: (Dari kiri) Haidel, Abdul Karim, Julaihi, Ismawi dan Razali bersama-sama meraikan kemenangan Team Kickalob K2105 yang merangkul Piala Sumbangsih sekali gus merasmikan pembukaan Liga Samarahan-Naim 2013.

CABARAN BERMULA: (Dari kiri) Haidel, Abdul Karim, Julaihi, Ismawi dan Razali bersama-sama meraikan kemenangan Team Kickalob K2105 yang merangkul Piala Sumbangsih sekali gus merasmikan pembukaan Liga Samarahan-Naim 2013.

KUCHING: 12 pasukan bersedia me laungkan cabaran pada saingan Liga Samarahan-Naim 2013 yang akan disingkap tirainya pada 30 Mac ini.

Pasukan yang mengesahkan penyertaan bagi edisi kali ini adalah Team Kickalob K2105, Kapaku F.C, Pulapol, Gedong F.C, A&J F.C, Kaslo F.C, Sambir Bistari F.C, Sanjung Etika, Ocean Eagle F.C, 10RRD, Yow F.C dan EK Partners.

“Saingan tahun ini dijangka lebih mencabar memandangkan pasukan yang bertanding datang dari kelab- kelab handalan sekitar Kuching dan Samarahan,” jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan ( P B B S ) , Haidel Heli.

Katanya, kesemua perlawanan akan dilangsungkan di tiga venue iaitu Stadium Mini Samarahan, Kompleks Sukan Asajaya dan Pa- dang Pulapol, Jalan Puncak Borneo.

“Setakat ini tiada perubahan venue sepeti mana yang telah ditetapkan pada mesyuarat bersama pengurus-pengurus pasukan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Team Kickalob K2105 merangkul Piala Sumbangsih YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah setelah menundukkan Pulapol 3-1 di Stadium Mini Samarahan kelmarin.

Pasukan Polis terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Shahir Waslin pada minit ke-9.

Namun, anak-anak buah Daud Aba membalas tiga gol menerusi Syazami Zakaris pada minit ke-45 dan Shahrul Mohd Salleh pada minit ke-53 dan 58.

Kejayaan itu memastikan Team Kickalob K2105 membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan piala pusingan manakala Pulapol menerima RM400.

Menteri Muda Pembangunan Belia, Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan pembukaan liga serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdullah Julaihi, Naib Presiden FAS Razali Dolhan dan Timbalan Presiden PBBS Ismawi Muhamad.