Tuesday, December 7

Kursus Pengadil Kelas 3 di Sibu pada 16-17 Mei

0

SIBU: Persatuan Bola Sepak Sibu (SDFA) akan menganjurkan Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas 3 di Jabatan Penjara Sibu, Jalan Awang Ramli Amit di sini pada 16 dan 17 Mei.

Setiausahanya, Hajjis Abdul Majid berkata semua pengadil tempatan yang berminat boleh memohon untuk menyertai kursus berkenaan.

Yuran penyertaan adalah RM100 setiap seorang dan borang penyertaan boleh didapati daripada Hajjis dengan menghubunginya di talian 019-4388643.

Hajjis berkata, mereka telah melantik seorang jurulatih pengadil utama dari Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk mengendalikan kursus berkenaan.

Antara perkara yang disentuh termasuk mengenai prinsip-prinsip asas dan kaedah- kaedah yang mengawal permainan.

Beliau berkata, objektif utama kursus berkenaan adalah untuk meningkatkan bilangan pengadil di Sibu.

Kebelakangan ini katanya, jumlah pengadil di Sibu telah berkurangan.

“Terdapat kira-kira 20 orang pengadil terlatih di sini.

Namun, kurang daripada 10 orang yang kekal aktif,” katanya.

Hajjis berkata, khidmat pengadil terus ditagih bagi memastikan setiap kejohanan bola sepak dilangsungkan tampak bermutu.