Saya sedia tanding di Saratok

Mawan akan akur jika diarah berbuat demikian oleh kepimpinan BN pada PRU13

Mawan

Mawan

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom semalam memberitahu beliau sanggup diletakkan se-bagai calon Barisan Nasio-nal (BN) di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika beliau diarah berbuat demikian oleh pucuk pimpinan BN.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Kementerian Pembangunan Sosial kepada pertubuhan sukan dan belia di sini semalam, beliau memberitahu akan menerima ‘arahan’ itu demi kemenangan BN.

“Jika demi kemenangan BN, kenapa tidak (saya terima arahan itu). Itu adalah kenyataan yang sering saya sebut. Tetapi saya bekerja 24 jam di empat konstituensi milik SPDP termasuk Saratok dan Mas Gading.

“Setiap kali saya melawat konstituensi-konstituensi tersebut, saya akan membawa bersama penyandang, semua ini bagi memastikan yang lemah akan bertambah kuat, tidak bermakna saya mahu menjadi calon.

“Namun jika itulah keputusan pucuk kepimpinan BN, hanya satu cara untuk kita (BN) menang, mari kita lupakan pendapat peribadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi mengatakan beliau bakal bertan-ding di kerusi Parlimen Saratok yang ketika ini disandang oleh Jelaing Mersat.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam se-narai nama calon parti itu pada saat-saat akhir.

“Sudah tentu SPDP telahpun membuat keputusan (mengenai calon) lama dulu oleh Majlis Tertinggi parti tetapi sebagai ahli komponen BN yang setia, kita tidak seharusnya dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Pengerusi BN masih boleh mengkajinya semula, kita akan terima demi kepenti-ngan BN dan memastikan parti terus kekal,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai komponen BN, SPDP tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai calon dan perlu mematuhi persetujuan dan mengambil kira semua kepentingan BN.

“Persoalannya, jika SPDP cuba membuat atau menegak-kan keputusannya (mengenai pemilihan calon), adakah parti bersedia untuk melakukannya (menghadapi pilihan raya) sendiri kerana kita adalah komponen BN.

“Saya tidak bermaksud (berlaku) perubahan pada senarai calon kita di sana dan sini, tetapi apa jua keputusan kita, keputusan parti, ia akhirnya akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti,” ujarnya.

SPDP diperuntukkan empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Baram, Mas Gading dan Bintulu.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of