SPRM tangkap 17 individu setakat 25 Mac

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 17 individu dan membuka 15 kertas siasatan berkaitan rasuah sejak Januari hingga 25 Mac lepas.

Pengarah SPRM Sarawak Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, daripada jumlah itu, tujuh ditahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah.

Tahun lepas, beliau berkata, 118 orang ditangkap dengan 51 daripadanya ditahan di bawah akta yang sama, dan 95 kertas siasatan dibuka.

Katanya, terdapat peningkatan dalam jumlah tangkapan pada tahun lepas berbanding 2011 dengan 61 tangkapan yang mana 47 daripada-nya ditangkap di bawah akta yang sama dan 98 kertas siasatan dibuka.

“Saya yakin peningkatan bilangan tangkapan berhubung salah laku rasuah menunjukkan penjawat awam dan anggota penguat kuasa mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan integriti dalam menolak rasuah.

“Hasilnya, mereka tampil membuat laporan berhubung rasuah kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Susulan laporan yang dibuat SPRM berjaya menangkap mereka terba-bit,” katanya pada Pertandingan Menembak Jemputan SPRM di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Pe-nolong Pesuruhjaya SPRM Negeri Mohd Nor Ali.

Bahri berkata, turut meningkat ialah jumlah maklumat yang diterima SPRM.

Pada 2011, SPRM menerima 633 maklumat daripada penjawat awam dan orang ramai, dan bilangan itu meningkat kepada 692 pada tahun lepas.

Setakat 25 Mac tahun ini, SPRM menerima 131 maklumat.

“Saya yakin tahap kesedaran di kalangan penjawat awam dan orang ramai mengenai tanggungjawab mereka memberi maklumat berhubung rasuah kian meningkat,” katanya.

Turut serta dalam pertandingan itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of