Unit Peronda Polis Bermotor diperkenal

0

KUCHING: Polis Sarawak tidak lama lagi akan memperkenalkan Unit Pe-ronda Polis Bermotor tidak lama lagi dalam usaha memperluaskan kawa-san rondaan di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini-siatif itu diambil untuk membolehkan pihaknya menjalankan rondaan di kawasan-kawasan yang memerlukan penggunaan kenderaan kecil.

“Unit ini adalah untuk membantu Unit Berbasikal Polis. Mereka akan menjalankan rondaan di tempat-tempat seperti kawasan perumahan serta tempat tumpuan orang ramai.

“Kita mahu, dengan adanya unit ini nanti, akan menambah baik mutu perkhidmatan kita selain turut me-luaskan lagi kawasan rondaan kita,” katanya ketika ditemui selepas Per-tandingan Menembak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2013 di sini semalam.

Selain itu, Acryl tidak menafikan rondaan bermotor yang sedia ada perlu diperbaiki.

“Selama ini kita memberi fokus kepada Unit Kereta Peronda Polis (MPV) tetapi kita yakin dengan ada-nya rondaan bermotosikal, ia akan lebih efektif lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai permulaan, pihaknya akan memperkenalkan unit tersebut di bandar raya Kuching berikutan kadar jenayah indeksnya yang perlu diperbaiki.

Bagaimanapun, menurutnya, unit tersebut akan diperluaskan ke bahagian lain sekiranya kemudahan seperti motosikal disediakan di tempat-tempat tersebut.