Cari Hiswandi, jumpa buaya

0
SANG BEDAL: Buaya sepanjang lebih 12 kaki yang ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat Hiswandi (sisipan) di Batang Samarahan, semalam.

SANG BEDAL: Buaya sepanjang lebih 12 kaki yang ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat Hiswandi (sisipan) di Batang Samarahan, semalam.

kchniup-p1-14cm-Penduduk gempar dengan penemuan bangkai buaya ketika cari remaja hilang di sungai

kchniup-p6---8cmKOTA SAMARAHAN: Tat-kala operasi mencari dan menyelamat remaja dari Kampung Niup yang hilang, di sini giat dijalankan di Batang Samarahan, penduduk kampung digemparkan lagi dengan penemuan bangkai buaya sepanjang lebih 12 kaki.

Bangkai buaya berkenaan ditemui dalam keadaan ter-apung sekitar jam 11 pagi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi Mohd Hiswandi Dollia, 15 dilaporkan hilang pada tengah hari kelmarin (Ahad).

Menurut bapa saudara mangsa, Mohd Sidup Suliman, 44, bangkai buaya betina yang ditemui oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia itu seterusnya dibawa ke hadapan rumah mangsa.

“Kami (penduduk kampung) membelah perut buaya yang sudah dalam keadaan kembung itu untuk memasti-kan jika ia ada membaham mangsa atau sebaliknya. Namun, kami tidak menjumpai apa-apa,” katanya ketika ditemui semalam.

Dia memberitahu, mereka seterusnya menghubungi Jabatan Perhutanan berhubung penemuan buaya yang telah mati itu.

“Kami khuatir kerana su-ngai ini dipenuhi buaya.

“Orang kampung menjalankan operasi mencari tanpa henti, cuma balik untuk makan sahaja … tetapi setakat ini kami belum menemui apa-apa,” katanya.

Difahamkan, terdapat dua kes serangan buaya pernah berlaku di kawasan sungai tersebut, dengan salah seorang daripada mangsa terkorban.

Pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, polis, JPAM dan RELA menyambung se-mula operasi mencari seawal jam 6 pagi.

Hiswandi dilaporkan hilang sekitar jam 1.13 petang sele-pas memancing bersama dua sepupunya di sebuah sungai, kira-kira 600 meter dari rumahnya.

Air sungai dikatakan dalam keadaan surut namun deras ketika mangsa cuba mencuci tangan tetapi terjatuh.

Salah seorang daripada sepupu mangsa kemudian kembali ke kampung untuk mendapat-kan bantuan bagi menyelamat-kan remaja tersebut manakala seorang lagi menunggu di lokasi mangsa terjatuh.

Sementara itu, bapa mangsa, Dollia Boh, 43, melahirkan harapan agar anak kedua daripada empat adik-beradik itu dapat ditemui dalam keadaan selamat dan secepat mungkin.