Larian Amal Tabung Lahad Datu 2013, pada Sabtu ini

0

SRI AMAN: 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) Kem Pakit, Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Larian Amal Tabung Lahad Datu 2013 di Taman Panorama Benak, Sri Aman, Sabtu ini.

Kenyataan media daripada 13 RAMD Kem Pakit Sri Aman memberitahu, program larian yang bermula seawal jam 8 pagi itu nanti akan dibahagikan kepada lapan kategori iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun, kanak-kanak perempuan 12 tahun ke bawah, Remaja Lelaki 18 tahun ke bawah, Remaja Perempuan 18 tahun ke bawah, Terbuka Lelaki 18 hingga 45 tahun, Terbuka Perempuan 18 hingga 45 tahun, Senior Lelaki 45 tahun ke atas dan Senior Perempuan 45 tahun ke atas.

Menurut kenyataan itu lagi, larian itu nanti adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di bahagian Sri Aman dan bagi kategori bawah 18 tahun (remaja dan kanak-kanak) hendaklah mendapat kelulusan dan tandatangan daripada ibu bapa.

Kata kenyataan itu lagi, yuran penyertaan adalah percuma dengan pendaftaran untuk menyertai larian ini akan diadakan pada 6 April ini bermula jam 6.30 pagi di Taman Panorama Benak.

Oleh yang demikian, penduduk Sri Aman adalah dipelawa menyertai larian ini nanti.