MTTA anjur pingpong lelaki dan wanita

0

MIRI: Persatuan Pingpong Miri (MTTA) akan menganjurkan Kejohanan Pingpong Perseorangan Lelaki dan Wanita 2013 Kategori 15 dan 18 tahun di Krokop Able Link Sports & Recreation Centre di Jalan Jee Eng di sini.

Kejohanan bagi kategori 15 tahun akan diadakan pada 6 dan 7 April, manakala 18 tahun pula akan diadakan pada 13 dan 14 April.

Peserta bagi kejohanan 15 tahun hendaklah lahir pada 1998 atau selepas manakala 18 tahun hendaklah lahir pada 1995 atau selepas.

Bayaran masuk ialah RM10 seorang dan tarikh tutup penyertaan untuk kategori 15 tahun ialah 4 April manakala 18 tahun ialah 11 April ini.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi ahli persatuan iaitu Robin Ling Pik Ngieh di talian 0198847422 atau Teng Tung Lik (0198156383).