Komitmen terus bawa pembaharuan

0

Najib

Manifesto dilancar esok selaras matlamat BN memakmurkan ekonomi, mensejahterakan rakyat: PM

KUALA LUMPUR: Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Sabtu ini me-rupakan janji dan komitmen BN untuk terus melaku- kan pembaharuan dan per-ubahan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

“Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

“Manifesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masya-rakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional,” kata-nya.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti de-ngan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Rakyat Datuk M. Kayveas dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Najib berkata, beliau juga mahu manifesto itu dihayati dan difahami rakyat kerana ia merupakan komitmen serius BN.

“Dan, kita telah pun dalam tempoh empat tahun ini membuktikan bahawa bila kita janji, kita telah tepati janji kita dan saya yakin serta percaya manifesto kita itu ialah lambang janji baharu kita kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, BN setiap negeri juga akan mengemukakan manifesto berasingan yang akan menekankan isu negeri masing-masing.

“Manifesto pusat sebagai manifesto induk, (merangkumi) dasar-dasar induk tetapi khusus kepada negeri makna-nya projek-projek yang ada kaitan dengan negeri ber-kenaan itu akan kita tekankan dan ketengahkan dalam ma-nifesto peringkat negeri.

“(Sebagai) contoh Sela-ngor (menekankan isu) air, Kelantan pasal stadium, masjid, lebuh raya dan sebagai-nya,” katanya sambil menambah ia akan dilancarkan pengerusi BN negeri.

Terdahulu, Najib berkata mesyuarat berkenaan membincangkan mengenai persiapan terakhir dan aktiviti serta program yang perlu dilakukan selepas pembubaran Dewan Rakyat, hari penama-an calon dan seterusnya hari mengundi.

“Hari ini (semalam) kita mengikut tradisi di mana selepas hari pembubaran Parlimen semalam (kelmarin), maka MT UMNO telah bersidang, diikuti dengan Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Mesyuarat juga membincangkan soal jentera parti dan segala keperluan yang patut dilakukan semasa tempoh berkempen, katanya.

“Pada keseluruhnnya persediaan kita ini cukup baik, semangat parti (komponen) BN amat tinggi, jentera kita ini bersedia untuk turun gelanggang, malah mereka telahpun memulakan perkara ini dan segala kegiatan kita akan kita tingkatkan terutama sekali waktu kempen pilihan raya nanti,” katanya. – Bernama