Skuad muda terus dirundung malang

0

KUCHING: Nasib skuad Piala Presiden Sarawak terus dirundung malang apabila mereka tumpas 0-1 di tangan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) semalam.

Lebih mengecewakan, skuad muda itu gagal memanfaatkan peluang mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Pelawat mendahului pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama.

Sarawak cuba untuk mencari gol penyamaan namun dihampakan oleh penyudah yang tumpul.

Anak-anak buah Mohd Farhan Abdullah akan menentang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada Isnin depan.