James tarik kereta Savvy hanya menggunakan gigi

0

LUAR BIASA: James menarik kereta Savvy sejauh lebih 10 meter ketika mempamerkan aksinya di KTS Garden, Kuching semalam.

KUCHING: Kehandalan lelaki tempatan James Thong menarik kereta dengan hanya menggunakan gigi mendapat perhatian sebuah stesen tel­evisyen dari Taiwan, Gala Televisyen semalam.

James yang berasal dari Se­rian mempamerkan kekuatan­nya bermula dengan menarik sebuah kereta Savvy yang dianggarkan seberat 1,000kg tanpa penumpang sejauh lebih 10 meter dalam tempoh 20 saat di pekarangan KTS Garden di sini.

Aksi lelaki berusia 41 tahun itu tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia mempamerkan kekuatan giginya dengan me­narik kereta sama yang dita­mbah dengan tiga penumpang lelaki masing-masing seberat 63kg, 68kg dan 105kg sejauh 20 meter.

Ia merupakan kali keempat James melakukan aksi sedemi­kian selepas yang pertama ke­tika usianya 23 tahun diikuti tiga tahun lepas dan tahun 2012.