Site Last Updated 12:37 pm, Wednesday

Malindo Air akan hubung Miri, Bintulu dan Sibu dengan KL

Posted on April 6, 2013, Saturday

KUCHING: Miri, Bintulu dan Sibu akan menjadi destinasi seterusnya di Sarawak yang akan dihubungkan dengan Kuala Lumpur oleh pener­bangan Malindo Air.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, rancangan mengembangkan penerban­gan ke tiga lokasi baharu di Sarawak itu akan dilancarkan pada Jun depan.

“Ini merupakan fokus kita bagi Sarawak dan ini secara tidak langsung menjadikan Sarawak sebagai antara hab transit di Malaysia,” katanya.

Beliau menyatakan demi­kian semasa memberikan tak­limat mengenai perkhidmatan penerbangan Malindo Air, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelan­congan Sarawak (LPS) Datuk Rashid Khan.

Terdahulu, Rashid berkata rancangan memperluaskan penerbangan ke Miri, Bin­tulu dan Sibu itu masih dalam perbincangan antara LPS dan Malindo Air.

Selain itu, jelasnya perbin­cangan turut melibatkan penerbangan yang meng­hubungkan Sarawak dengan destinasi antarabangsa.

“Kami dalam perbincan­gan untuk berkolaboratif bagi memastikan penerbangan Ma­lindo Air dapat dikembangkan di Sarawak iaitu selain meng­hubungkan Kuching, Miri, Bin­tulu dan Sibu ke Kuala Lumpur, ia turut melibatkan destinasi antarabangsa,” katanya.

Kini, syarikat penerban­gan baharu yang ditubuhkan melalui kolaboratif Malaysia-Indonesia itu telah melaku­kan penerbangan empat kali sehari antara Lapangan Ter­bang Antarabangsa Kuch­ing (LTAK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia beroperasi menggunakan kapal terbang baharu jenis Boeing 737-900ER.

Berbeza daripada perkhid­matan pengangkutan udara lain, Malindo Air menyediakan pelbagai kemudahan serta produk penerbangan untuk keselesaan penumpang di mana penumpang boleh menikmati hiburan dalam penerbangan menerusi skrin persendirian di setiap tempat duduk.

Malindo Air kini juga mena­warkan promosi bagi pener­bangan sehala antara Kuala Lumpur dan Kuching iaitu pada harga serendah RM78.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.