Kerajaan negeri sumbang RM1 juta kepada Sabah

1

KUCHING: Kerajaan negeri akan menyumbang RM1 juta kepada Sabah bagi membantu meringankan penderitaan yang dialami rakyatnya akibat insi-den pencerobohan di Lahad Datu.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, berkata ia merupakan tanda sokongan Sarawak kepada rakyat negeri itu, terutama yang terjejas akibat insiden berkenaan.

“Kerajaan negeri dengan ini akan menyumbang RM1 juta kepada rakyat Sabah,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadiri Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Taib berkata, Sarawak sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang berlaku di Sabah dan berharap semangat sedemikian sentiasa dipelihara.

Katanya, pengorbanan anggota keselamatan termasuk tentera harus difahami oleh rakyat biasa sebagai galakan kepada mereka yang menggadai naywa demi mempertahankan negara.

“Kita mahu hubungan rapat antara anggota tentera dan rakyat dapat dipelihara dari se-masa ke semasa agar kita tidak lupa dengan tanggungjawab kita.

“Bagaimanapun, dalam menjaga keamanan negara, ia tidak dapat dilakukan tanpa persiapan supaya mereka mempunyai anggota yang sihat, terlatih serta mempunyai sifat kepimpinan dalam menyusun langkah melawan apa sahaja ancaman yang mungkin datang,” tegasnya.

Sehubungan itu, Taib menggesa ATM supaya sentiasa berusaha mempertingkatkan kebolehan anggota sebagai persediaan bagi menghadapi ancaman baharu seperti yang berlaku di Lahad Datu.

Kata beliau, persiapan memerlukan latihan dan operasi bagi mempertingkatkan pengetahuan termasuk cara bertindak dalam apa sahaja keadaan.

“Namun, kita yakin anggota keselamatan kita boleh menghadapi apa sahaja ancaman, misalnya insiden di Lahad Datu, kita dapat menyaksikan anggota keselamatan bertindak pantas mempertahankan ne-gara,” ujarnya.