Site Last Updated 1:05 am, Sunday

Tolak fitnah pembangkang

Posted on April 9, 2013, Tuesday

IKHLAS: Khamis Sita (lima kiri) dan Sapiah (empat kiri) bersama-sama menyampaikan cenderamata kepada Rohani (tiga kanan) sambil diperhatikan oleh ahli Jiran Wanita KRT yang lain di Sri Aman.

SRI AMAN: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim mengajak rakyat menolak segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya berdiri teguh di belakang kerajaan sedia ada.

Menurutnya, segala fitnah yang ditaburkan pembangkang terhadap kerajaan BN selama ini sebenarnya tidak melemahkan semangat pemimpin BN sebaliknya ia meniupkan semangat pemimpin BN untuk terus bekerja keras demi rakyat.

Katanya, perbuatan pembangkang menabur fitnah terhadap kerajaan BN adalah perbuatan yang sia-sia sahaja kerana mereka (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Justeru, rakyat yang pernah berpihak kepada pembangkang pada pilihan raya lalu harus kembali ke pangkuan BN pada PRU13 nanti untuk kebaikan bersama.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar berkata demikian pada Majlis Jamuan Teh bertemakan ‘Kasih Disemai’ anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengah, Sri Aman di Gelanggang Futsal, Kampung Tengah di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat di luar bandar agar tidak mudah termakan segala hasutan pembangkang yang sudah mula bergerak ke kawasan luar bandar untuk menagih simpati agar menyertai mereka.

“Pembangkang hanya pandai bermain dengan kata-kata dan cuba menghasut rakyat untuk menyertai mereka sebaliknya mereka tidak mampu membawa sebarang pembaharuan dan pembangunan kepada rakyat.

Turut hadir Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Mohd Safuan Ahmad Tarmidi, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Bakthiar Mathan, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Pengerusi KRT Kampung Tengah Khamis Sita Wasli, Pengerusi BAKAT 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman Rosnani Mohamad serta Pengerusi Jiran Wanita, KRT Kampung Tengah Sapiah Drahman.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

89