Lelaki didenda kerana jalankan judi atas talian

0

MIRI: Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam mendenda seorang lelaki RM3,000 atau dua bulan penjara kerana ke­salahan menjalankan operasi pusat permainan komputer atas talian secara haram.

Mohammad Nasri Safiudin, 20, dari Bekenu telah men­gaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 5 (2) Ordi­nan Hiburan 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak me­lebihi RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh yang merupakan penjaga premis didapati ada menjalankan operasi pusat permainan komputer secara atas talian tanpa mempunyai sebarang lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.40 petang, 7 April lalu di Lot 556 tingkat satu Pusat Komersil Pelita di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret, Lovely Natasha Charles.