PKR umum senarai calon malam Khamis ini

0

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengu­mumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan majoriti Melayu pada malam Khamis ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ahmad Nazib Johari berkata, pen­gumuman akan dibuat sendiri Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa per­himpunan bersama rakyat di Bandar Baharu Samariang.

Menurutnya, setakat ini ter­dapat dua nama disenaraikan untuk setiap kerusi termasuk Petra Jaya dan Santubong.

“Kita tunggu Anwar umumkan senarai nama pada malam Khamis ini.

“Pengumuman itu mem­babitkan calon di kawasan majoriti Melayu seperti Petra Jaya dan Santubong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yang merupakan calon berpotensi untuk kerusi Parlimen Petra Jaya berkata, keputusan terletak di tangan PKR Pusat sama ada men­calonkannya atau tidak pada PRU13 nanti.

“Belum tahu lagi kawasan yang akan saya tandingi. Ini kerana setiap kerusi mempu­nyai dua nama yang dicadan­gkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, beliau memang sudah cukup ber­sedia untuk bertanding pada PRU13 nanti.

“Saya memang sudah ber­sedia dari semasa ke semasa untuk bertanding.

“Terserah kepada pimpi­nan parti sama ada memilih saya atau tidak,” jelasnya.