Terus berdiri teguh bersama parti

KOTA SAMARAHAN: Calon berpotensi Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti diharap terus berdiri teguh di belakang parti.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberi contoh di kerusi Parlimen Kota Samarahan, parti menerima lebih daripada enam nama calon berpotensi.

Namun, jelasnya, selepas penapisan dan penilaian yang teliti dari pelbagai aspek, hanya satu calon dipilih untuk mewakili BN pada PRU13.

“Tiap-tiap pilihan raya hanya seorang sahaja yang dapat mewakili satu parti dan apabila keadaan tersebut berlaku, mesti ada yang kecewa seperti di Samarahan ini terdapat tujuh orang yang berminat.

“Oleh itu, saya berharap calon yang tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya ini tidak berkecil hati, sebaliknya diharap terus berdiri teguh dan memberi sokongan kepada calon yang telah ditentukan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program khidmat masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kampung Niup dekat sini, semalam.

Menyentuh mengenai tempoh berkempen yang dipanjangkan kepada 15 hari berbanding 11 hari sebelum ini, Karim menyambut baik perkara itu.
“Ini akan membolehkan calon-calon yang bertanding terutamanya di Sarawak yang mempunyai geografi berbeza melawat setiap pelosok kawasan pada pilihan raya ini,” jelasnya.

Melihat kepada suasana PRU13, beliau memberitahu ia pasti memberi satu kelainan berbanding pilihan raya sebelumnya.

“Apa yang saya lihat, PRU13 ini seperti festival besar, namun apa yang kita akan lakukan pada pilihan raya ini, kita lebih menumpukan program-program berjiwa rakyat berbanding ceramah kutuk-mengutuk,” tegasnya.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku perbezaan suasana pilihan raya di Semenanjung Malaysia yang disifatnya lebih gemar mengadakan ceramah.

Hadir sama calon berpotensi BN bagi Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Temenggung Chek Bujang dan tetamu kehormat lain.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of