Kolej Vokasional Sibu kekal kejuaraan

0

UNGGUL: Kolej Vokasional Sibu bersama SMK Bukit Assek sebelum perlawanan akhir. Turut kelihatan ialah Ling (berdiri dua kanan) di Sibu.

SIBU: Kolej Vokasional Sibu berjaya mempertahan kejuaraan apabila sekali lagi menjuarai Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Sibu, di sini baru-baru ini.

Kolej Vokasional Sibu muncul juara kategori wanita 18 Tahun Ke Bawah (18TKB) selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek dengan 18-1.

Tempat ketiga dan keempat jatuh kepada SMK Bukit Lima dan SMK Luar Bandar No.1 Sibu.

Untuk kategori Lelaki 18 TKB, juara dimenangi oleh SMK Luar Bandar No.1 Sibu selepas menewaskan SMK Bukit Lima dengan 6-4.

SMK Bukit Assek dan SMK Sibu Jaya pula menduduki tempat ketiga dan keempat.

Kejohanan sofbal yang berlangsung di padang SMK Bukit Assek dianjurkan oleh Kolej Vokasional Sibu dan disertai enam buah sekolah.

Sekolah yang mengambil bahagian ialah Kolej Vokasional Sibu, SMK Bukit Lima, SMK Bukit Assek, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, SMK Sibu Jaya dan SMK Chung Hua.

Kejohanan ini diadakan untuk memilih pemainpemain bagi mewakili Bahagian Sibu pada Kejohanan MSS Sarawak di Miri dari 7 hingga 10 Mei depan.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum Kolej Vokasional Sibu, Ling Tiong Yung.