Pembangkang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan: Andrew

0

 

SAMBUT: Lau (tiga kanan) bersama Andrew (belakang) disambut oleh penduduk rumah panjang di Sungai Sebedil.

SIBU: Pembangkang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan yang hanya akan muncul bertemu dengan rakyat semasa musim pilihan raya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit berkata ketika musim pilihan raya, pembangkang akan keluar bertemu dengan rakyat khususnya di luar bandar bagi meraih soko-ngan.

“Oleh itu, kewujudan mereka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana mereka hanya akan muncul bertemu dengan rakyat ketika musim pilihan raya,” katanya ketika berucap di Rumah Ali Jampi, Nanga Tutus, Batang Igan, semalam.

Beliau terdahulu meng-iringi Menteri Kewangan Kedua merangkap ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sibu, Temenggung Vincent Lau Lee Ming berkunjung ke rumah-rumah panjang di kawasan Batu Burak, Nanga Tutus dan Sungai Sebedil.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee, Pemanca Stanley Geramong, Penghulu James Semilan, Penghulu Richard Ampi, Penghulu Jeffery Sut serta ahli-ahli Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu.

Andrew yang juga pengerusi Unit Bumiputera SUPP Sibu berkata, ini berbeza dengan wakil rakyat BN yang sentiasa turun padang bertemu rakyat tanpa mengira musim pilihan raya atau sebaliknya.

“Wakil rakyat BN bukan sahaja turun padang setiap tahun bertemu dengan rakyat, malah turut mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat dan pada masa sama membawa pembangunan kepada mereka.

“Sehubungan itu, rakyat khususnya pengundi harus bijak menilai siapa yang hendak mereka pilih ketika membuang undi pada 5 Mei ini,” jelasnya.

Sementara ketika berucap di Rumah Muja Ayun, Nanga Tutus, Andrew memberitahu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini merupakan me-dan yang terbaik bagi rakyat di kawasan Parlimen Sibu untuk menyingkirkan penyandang kerusi terbabit daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Wong Ho Leng.

Ini kerana katanya, sejak memenangi kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Kecil 2010, wakil rakyat pembangkang itu tidak bekerja kepada rakyat atau memberi sebarang pembangunan, khasnya kepada penduduk di luar bandar.

“Oleh itu, pada pilihan raya kali ini kita harus menukar beliau dengan wakil daripada kerajaan BN iaitu Temenggung Vincent Lau,” ujar Andrew sambil menyeru sokongan penuh semua peng-undi di Nanga Tutus, Batu Burak dan Sungai Sebedil.

Ho Leng, bagaimanapun tidak bertanding pada PRU13 ini kerana masalah kesihatan. Beliau digantikan oleh pembantu khasnya, Oscar Ling.