Manifesto BN Negeri fokus keperluan rakyat Sarawak

0

KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri disifat-kan lebih mendalam dan me-nekankan tentang keperluan sebenar rakyat di negeri ini.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, malah segala perkara yang dinyatakan dalam manifesto yang dilancarkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam ternyata amat relevan kepada rakyat Sarawak khasnya penduduk luar bandar.

“Misalnya, transformasi luar bandar yang merangkumi penyediaan rangkaian jalan raya, bekalan elektrik dan air, selain khidmat kesihatan kepada penduduk luar bandar ada-lah perkara yang kita tekankan.

“Bagi saya manifesto BN negeri lebih terperinci dengan isu-isu tertentu kerana kita ti-dak menyentuh perkara yang bukan di luar bidang kita se-perti kewangan dan sebagai-nya, tetapi kita menekankan perkara yang relevan dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me-ngenai Manifesto BN Sarawak 2013 yang dilancarkan Taib di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata, salah satu perkara yang menarik adalah BN Sarawak akan terus mengiktiraf tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dengan me-ngadakan pengukuran keliling tanah NCR dalam mengatasi kebimbangan pemilik tanah.

“Kita juga mengakui manifesto BN persekutuan sebelum ini amat baik termasuk kepada rakyat Sarawak tetapi ia lebih menyeluruh yang akan kita tambahkan dalam beberapa bidang tertentu,” katanya.